ARTIKEL

Kho Teck Wan

Tahap keselamatan di asrama, kediaman pelajar harus diperketat – Kho Teck Wan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kes bunuh pelajar Universiti Cyberjaya, Maniishapriet Kaur Akhara wajar menjadi peringatan serius kepada semua Institusi Pengajian Tinggi untuk mengambil langkah segera dan serius dalam menilai semula tahap keselamatan di kediaman pelajar.

Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kho Teck Wan berkata, tahap keselamatan di asrama dan kediaman pelajar di seluruh negara harus disemak dan diperketat dengan kadar segera.

“Kita tidak boleh tunggu kejadian seumpamanya berlaku lagi, baharu hendak bertindak.

“Saya menyeru agar Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia menyemak semula serta menetapkan piawaian keselamatan yang lebih ketat di semua premis kediaman pelajar termasuk asrama dan hostel swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kho yang juga Setiausaha Politik Premier Sarawak turut menyatakan kebimbangan terhadap tahap keselamatan di kondominium berkenaan susulan laporan yang mendakwa tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi di koridor, manakala kamera lif juga tidak dapat digunakan.

“Dengan pelbagai kebimbangan yang timbul termasuk CCTV tidak berfungsi dan pencahayaan yang suram di kawasan awam.

“Pihal institusi pengajian tinggi harus menjalankan siasatan ke atas keadaan kediaman pelajar dan melakukan pembaikan segera,” katanya lagi.

Tambahnya, meskipun siasatan awal mendapati tiada unsur serangan seksual dalam kes tersebut, pihak berkuasa tetap perlu menjalankan siasatan dengan penuh ketelusan

Terdahulu pada Selasa, mangsa dilaporkan ditemui tidak bernyawa dengan kesan kecederaan pada badan di dalam unit kondominium Mutiara Ville, Cyberjaya, kediaman yang disediakan untuk para pelajar universiti tersebut.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

Sementara hari ini, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dalam kenyataan memaklumkan pihaknya berjaya menahan tiga individu, seorang lelaki dan dua wanita.

Ujarnya, ketiga-tiga suspek dikenal pasti sebagai individu yang dikenali oleh mangsa.

Masing-masing berusia antara 19 hingga 20 tahun ditangkap dalam tempoh 48 jam selepas kejadian bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang pagi tadi bagi permohonan reman dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah