ARTIKEL

Antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan Niti Daun sempena Pesta Tatau 2024.

Tahniah kontinjen Bagatan Pungen jadi johan perarakan Niti Daun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Kontinjen Bagatan Pungen dinobatkan johan perarakan Niti Daun sempena Pesta Tatau 2024, pagi tadi.

Kemenangan itu melayakkan kontinjen terbabit membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Naib johan dimenangi kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau sekali gus membawa pulang wang tunai RM3,000.

Tempat ketiga pula dirangkul kontinjen Komuniti Punan Kakus sekali gus meraih RM2,000.

Sebanyak 22 kontinjen yang melibatkan kira- kira 1,500 peserta mewakili pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dari Tatau dan Bintulu menyertai perarakan Niti Daun Siri Ke-3 sempena Pesta Tatau, pagi tadi.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap ADUN Kakus Datuk Sri John Sikie menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Terdahulu, dalam ucapannya, Sikie memuji semangat kesatuan yang ditunjukkan oleh setiap peserta dalam acara tradisi tersebut.

Beliau berkata acara Niti Daun memainkan peranan penting dalam memelihara budaya tradisional serta mengukuhkan jati diri komuniti.”

Malah, ADUN Kakus itu turut menyifatkan penganjuran Pesta Tatau 2024 sebagai satu platform terbaik untuk memperkenalkan warisan budaya tempatan kepada generasi muda dan mengukuhkan hubungan antara pelbagai komuniti di daerah Tatau.

Pesta Tatau 2024 berlangsung dari 5 hingga 15 September ini dengan pelbagai acara menarik termasuk regatta dan pertandingan bot laju.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha