ARTIKEL

Tahniah rakyat Sabah – Abg Jo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg percaya keputusan Pilihan Raya Sabah Ke-16 akan memudahkan lagi usaha Sarawak dan Sabah dalam memenuhi tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sabah kelihatan selaras dengan keinginan Sarawak juga,” katanya ketika ditemu bual sempena “Pagi Bersama KM: Sesi Dialog Dengan Usahawan Muda di Sarawak” di Hotel Pullman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa sebuah majlis akan ditubuhkan untuk meneliti perkara itu.

“Sekretariat majlis ini ialah Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

“Kami akan melihat apa yang berlaku dan apabila tiba waktunya, kami akan berunding apa-apa masalah yang belum selesai,” katanya.

Sementara, Abang Johari menyifatkan rakyat Sabah telah membuat keputusan yang tepat pada Pilihan Raya Sabah Ke-16, yang menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih tampuk kepimpinan Negeri di Bawah Bayu itu.

Justeru, beliau berharap agar Sabah terus maju di bawah pemerintahan GRS.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat di Sabah yang telah memilih pemerintahan mereka melalui kemajuan demokratik dan saya berdoa agar mereka terus maju di bawah pemerintahan baharu,” katanya.

Abang Johari menambah paling penting adalah adanya situasi politik yang stabil untuk melaksanakan kepercayaan yang telah diberikan kepada kerajaan baharu.

GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah berjaya membentuk kerajaan Sabah yang baharu selepas memenangi 38 daripada 73 kerusi.

BERITA LAIN

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan