Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Tahun Melawat Malaysia 2020: Lebih penerbangan sewa khas ke Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan Persekutuan menggalakkan lebih banyak penerbangan sewa khas ke Sarawak dalam usaha menambahbaik laluan perhubungan udara ke Sarawak sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Isham Ishak berkata, buat masa sekarang dasar itu menggalakkan penerbangan serantau mengadakan perkongsian-koc seperti penerbangan domestik dengan Air Arabia di Langkawi.

“Bagi Sarawak, kita juga akan melakukan yang sama tetapi beberapa syarikat penerbangan tidak mahu mulakan dahulu, mereka mahu kaji dahulu pasaran.

“Jadi itu sebabnya kita mahu menggalakkan pesawat sewa khas terlebih dahulu dan sekiranya terdapat peningkatan permintaan, barulah pasti akan terdapat lebih banyak pesawat sewa khas dan jadual penerbangan yang tetap ke Sarawak,” katanya kepada pemberita semasa melawat Homestay Kampung Darul Islam Belimbing di Puncak Borneo, 55 km dari sini, semalam.

Beliau mengulas satu kenyataan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah semalam yang meminta Kerajaan Persekutuan membantu mengatur penerbangan penyambungan ke negeri ini semasa Tahun Melawat Malaysia 2020.

Baca lain  Balik kampung awal sambut Hari Raya Aidilfitri

Isham berkata, terdapat juga keperluan untuk meningkatkan penerbangan penyambungan kerana buat masa sekarang hanya terdapat 2.2 juta kerusi untuk penerbangan ketibaan, menjadikan Malaysia negara ketiga dalam Asean selepas Thailand dan Singapura dalam aspek itu.

Tidak seperti Sabah, yang menerima ramai pelancong dari China, beliau berkata Sarawak adalah lebih unik kerana ia menjadi pilihan destinasi eko pelancongan bagi masyarakat Eropah dan walaupun kecil dalam jumlah masih dianggap pelancong berkualiti yang banyak berbelanja.

Mengenai program homestay di negeri ini, beliau berkata Sarawak mencatatkan 33,000 pelancong pada tahun lepas, satu peningkatan berbanding 31,000 pada 2017 manakala Belimbing Homestay mencatatkan 329 pelawat termasuk 85 pelancong antarabangsa dengan jumlah resit RM24,240 sehingga Jun ini.

Pengendali 22 homestay di Kampung Darul Islam Belimbing menawarkan produk yang antaranya merentas hutan, melihat bunga Rafflesia, aktiviti sungai, kraftangan jahitan keringkam dan penyelidikan kementerian menunjukkan bahawa pelawat asing terutama dari Eropah menggemari aktiviti seumpama, katanya.

“Kini kami mempunyai pelajar dari universiti menjalankan program di sini dan pelajar berkenaan boleh menjadi duta selepas mereka melawat kampung ini dan boleh bercakap mengenai kampung ini,” katanya.

Baca lain  Tular tiga buah lori lawan arus di Jalan Pan Borneo Julau- Sarikei

Sementara itu, pengendali homestay Belimbing, Ahmad Majid Dollah, 76, berkata, sesetengah daripada aktiviti yang disertai oleh tetamunya dari Brunei, Thailand dan India ialah merentas hutan ke bukit berdekatan dan ke ladang.– BERNAMA

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru