ARTIKEL

Tahun mencabar bagi pekerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambutan Hari Pekerja merupakan satu manifestasi kerajaan untuk menghargai sumbangan pekerja yang menggembleng tenaga membangunkan negara. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak Ahmad Malie berkata, tahun ini amat mencabar bagi penjawat awam kerana turut terlibat dengan pandemik Covid-19.

“Ia telah mengubah gaya dan cara kerja penjawat awam termasuk terpaksa melakukan tugas dari rumah demi kesinambungan tugas dan peranan untuk memastikan dasar kerajaan tetap terlaksana,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Meskipun pandemik Covid-19 telah menjejaskan sambutan Hari Pekerja pada tahun ini, namun ia tetap diadakan secara maya sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam di seluruh negara.

Difahamkan sambutan itu disiarkan melalui Facebook rasmi Cuepacs yang bertemakan “Pekerja Tunjang Kelestarian Negara”.

Menurut Ahmad, dengan senario bekerja dari rumah dan sambutan Hari Pekerja secara maya, ia jelas menunjukkan bahawa pandemik Covid-19 telah membawa kelaziman baharu dalam aktiviti rakyat negara ini.

Untuk itu, beliau menggesa agar semua penjawat awam agar siap siada mempersiapkan diri masing masing untuk mendepani gelombang kelaziman baharu dalam kerjaya pada masa yang datang.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas sumbangan dalam membantu membina serta membangunkan kesejahteraan negara ini.

Selain itu, beliau juga mengajak seluruh penjawat awam khususnya di negeri Sarawak untuk berterima kasih kepada kerajaan Perikatan Nasional Persekutuan dan Kerajaan Sarawak atas keprihatinan menjaga kebajikan mereka pada tempoh ini.

“Cuepacs Sarawak mengucapkan selamat Hari Pekerja kepada semua penjawat awam di negara ini,” ucapnya.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu