ARTIKEL

JUARA LELAKU... Tajaumas FC

Tajaumas FC dan Avengera Ramanoff dinobat juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PASUKAN Tajaumas FC dan Avengera Ramanoff masing-masing mencipta kejayaan muncul juara bagi kategori lelaki tujuh sebelah dan wanita sembilan sebelah pada Kejohanan Bola Sepak Terbuka Piala Mohamad Duri yang berlangsung di Rumah Panjang Ikom, Senyawan, semalam.

Dalam aksi final kategori lelaki tujuh sebelah yang sengit, Tajaumas FC menewaskan Tabau Legacy untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500, selain Piala Mohamad Duri dan medal.

JUARA WANITA… Avengera Ramanoff

Tabau Legacy yang menamatkan saingan sebagai naib juara menerima hadiah RM1,000 bersama piala dan medal, manakala tempat ketiga bersama disandang Senyawan FC dan Emmanuel IA dengan masing-masing membawa pulang RM800, piala serta medal.

Bagi kategori wanita sembilan sebelah pula, Avengera Ramanoff mempamerkan aksi cemerlang apabila dinobatkan sebagai juara dengan menerima hadiah wang tunai RM800, Piala Mohamad Duri dan medal.

KCC FC yang muncul naib juara membawa pulang RM600 beserta piala dan medal, sementara Sevenline FT dan Sevenline FC yang berkongsi tempat ketiga masing-masing menerima RM400, piala serta medal.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu dianjurkan oleh Biro Sukan Rumah Panjang Ikom sebagai platform memperkasa aktiviti sukan dalam kalangan masyarakat setempat, selain mencungkil bakat baharu dalam bidang bola sepak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, penganjuran kejohanan seumpama itu memberi ruang kepada golongan muda menunjukkan bakat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti.

“Saya amat menghargai usaha Biro Sukan Rumah Panjang Ikom yang berjaya mengadakan kejohanan ini kerana sukan adalah medium terbaik untuk menyatukan masyarakat, membina semangat kerjasama serta melahirkan generasi muda yang aktif dan berdisiplin,” katanya dihubungi Suara Sarawak.

Jelasnya, kejohanan bola sepak di peringkat akar umbi perlu terus diperkasakan kerana ia mampu menjadi medan mengenal pasti pemain berbakat yang berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Saya berharap lebih banyak program sukan seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang agar masyarakat, khususnya golongan belia di kawasan luar bandar, terus mendapat peluang untuk mengembangkan potensi mereka,” ujarnya.

Kejohanan tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan 24 penyertaan pasukan dari sekitar kawasan Saratok, Serian, Lundu, sekali gus membuktikan minat masyarakat terhadap sukan bola sepak terus berkembang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan