ARTIKEL

Tajuk berita Malaysiakini mengelirukan, tidak tepat – KPPK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) kesal dengan tajuk berita portal Malaysiakini versi Bahasa Melayu berhubung kenyataan oleh menterinya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di Dewan Rakyat hari ini, yang disifatkan tidak tepat dan mengelirukan.

KPPK dalam kenyataan hari ini memaklumkan tajuk berita yang dimuat naik pada pukul 1.02 petang bertajuk ‘Dulu perlekeh PH, sekarang menteri PN galakkan pula’ turut didapati menimbulkan salah faham dan memungkinkan kesimpulan tidak benar oleh pembaca ekoran tajuk yang diada-adakan.

“KPPK mahu supaya tajuk itu dibetulkan dengan ayat yang selari dengan berita seperti dilaporkan oleh wartawan Malaysiakini sendiri. Pembetulan mesti membabitkan semua platform media Malaysiakini,” menurut kenyataan itu.

Jelas kementerian itu, jawapan Mohd Khairuddin di Dewan Rakyat, langsung tidak menyentuh pendirian beliau sama ada memberi galakan atau tidak, terhadap penggunaan sesudu minyak sawit merah yang dipromosi oleh menteri sebelum ini.

Menurut kenyataan itu apa yang ditegaskan dan digalakkan oleh menteri ialah pengambilan Vitamin E Tokotrienol yang terhasil daripada minyak sawit yang memberikan kebaikan kesihatan.

Turut disertakan transkrip semasa sesi Pertanyaan Lisan pagi tadi: “Tentang sesudu minyak sawit yang digalakkan (oleh Teresa) adalah sesudu minyak sawit merah. Tetapi yang saya lebih galakkan adalah vitamin E daripada minyak sawit iaitu Tokotrienol. Ini yang patut diambil oleh rakyat Malaysia dan saya ada edarkan secara percuma kepada semua Ahli Parlimen, ini untuk kesihatan.”  — Bernama

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha