TOKYO: Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi berikrar menangani isu keselamatan siber di bawah kepimpinan pejabatnya susulan siri kebocoran data peribadi di syarikat seluruh negara.
Beliau menyatakan komitmen itu ketika bertemu ketua ibu pejabat strategi keselamatan siber Parti Demokratik Liberal (LDP) pada Jumaat.
Ketua itu mengemukakan cadangan tergempar bagi menangani ancaman serangan siber yang kian meningkat, selepas kebocoran berpunca daripada capaian tanpa kebenaran.
Cadangan tersebut menyifatkan keadaan semasa sebagai krisis serius, sekali gus menggesa penubuhan ibu pejabat tindak balas baharu di bawah pejabat perdana menteri.
Selain itu, parti berkenaan mahu kerajaan meredakan kebimbangan awam, mengukuhkan pertahanan siber melalui kesedaran eksekutif syarikat tersenarai, dan melatih petugas keselamatan siber profesional seperti dilapor Bernama.




