ARTIKEL

Ekonomi berkembang, import dikurang – Menteri MITI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggalakkan syarikat tempatan merangka strategi jangka panjang untuk mengembangkan ekonomi negara tanpa menambah import.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjelaskan bahawa langkah itu memastikan lebih banyak syarikat berpotensi menikmati manfaat pertumbuhan ekonomi dan memainkan peranan penting.

Beliau mengambil contoh pelabur yang memerlukan 10 jenis bahan atau komponen luar negara, yang boleh dikurangkan import jika syarikat tempatan mampu mengeluarkannya seperti dilapor Bernama.

Dalam pada itu, kerajaan mahu industri Malaysia beralih kepada reka bentuk, kejuruteraan dan pengeluaran produk berteknologi tinggi serta bernilai tambah, selain memperkukuh R&D, jenama dan eksport.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan UMW Aerospace Sdn Bhd meraih Anugerah Perdana Menteri serta Anugerah Kecemerlangan Sektor Pembuatan Kategori 3.

BERITA LAIN

Rakyat terima manfaat dasar kerajaan

MENJELANG Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13), Sarawak sekali lagi berada di persimpangan penting dalam menentukan hala tuju politik dan pembangunannya. Lapan tahun selepas pembubaran Gabungan

PRN-13 peluang rakyat nilai prestasi GPS

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 memberi peluang kepada rakyat menilai pencapaian kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta menentukan hala tuju pembangunan negeri bagi

BERITA TERBARU

Astro jual aset jalur lebar kepada Maxis Broadband

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS), memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual aset perniagaan