ARTIKEL

Takbir di langit kenyalang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ZAID MD SAMAN AL-HAJ
dilahirkan di Kampung Tanjung Bidara, Masjid Tanah Melaka. Beliau lulusan Ijazah Sarjana, kini menetap di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Pesara pendidik ini berkhidmat sebagai penjawat awam selama 35 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru, pensyarah dan pentadbir. Kini, beliau menjadi usahawan dan mengisi masa sebagai pengarang karya kreatif. Beliau masih bergerak ke sekolah memberi ceramah dan mengendalikan bengkel penulisan karya kreatif. Antara karya beliau ialah novel Nona Marina, Di Persimpangan Kasih, Korban Kasih, Musim Bunga Cinta, Sahabat Alam dan Hijrah.
Beliau menulis sekitar 50 cerpen dan lebih 40 sajak beliau tersiar dalam
pelbagai media. Beliau turut banyak memenangi hadiah karya
sastera pelbagai peringkat peraduan. Novel beliau Wangi
Warisan 2017 dinobatkan sebagai novel terbaik menerima Anugerah Buku Negara 2019.

KARYA: ABANG Z

SEMUA penghuni rumah banglo nombor 100, Jalan Getah Barat mengambil keputusan menyambut Aidilfitri di Bumi Kenyalang.

Tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, seminggu lagi sebelum tibanya lebaran, telah habis dijual.

Yang ada hanya tiket kecemasan dan kelas satu.

Harganya layak dibeli oleh warga kayangan sahaja.

Ketika itu penerbangan dari Kuching Semenanjung menggunakan penerbangan Syarikat MAS sahaja.

Tiada penerbangan dari syarikat lain.

Saja-saja, beberapa kali bersama-sama kawan bersantai di bangunan Elektra di Kota Kuching, buat menyibuk bersama-sama bakal penumpang lain, bertanyakan status tiket penerbangan ke LAB Subang.

Berbekalkan gaji yang kecil, memang tidak mampu membeli tiket untuk berhari raya di kampung halaman.

Sahlah, memang buat pertama kalinya akan tidak menyambut lebaran mulia dengan ahli famili di Melaka.

Begitu juga rakan lain yang menjadi penghuni banglo dua tingkat terletak berdekatan Kampung Kudei.

Anak-anak didik bersorak dan bertepuk gembira apabila kami memaklumkan beraya dengan mereka.

Maka, berebutlah mereka menyampaikan suara undangan ke teratak mereka yang terletak bertaburan di seluruh kota Kuching, khususnya di Petra Jaya.

Kawasan yang jauh di pesisir laut, tidak mungkin kami sampai kerana terletak jauh dari Kuching.

Beberapa hari menjelang tibanya lebaran, sekolah sudah mula bercuti. Kawan-kawan serumah melepak saja di rumah.

Pada sebelah petang, biasanya kami ke bandar Kuching, melihat keriuhan orang membeli-belah, persediaan berbuka.

Tika itu, pasar Ramadan yang terkenal terletak di hadapan Masjid Bahagian Kuching.

PERANTAU

Di rumah banglo nombor 100, mak cik tukang masak menyediakan juadah berbuka seawal 5 petang kerana dia perlu balik ke rumah di seberang sungai, menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga pula.

Sebelum balik rumah, ada kawan-kawan penghuni rumah yang membeli juadah mengikut selera masig-masing.

Terdapat pula kawan-kawan yang mengambil ksempatan berniaga ayam percik Kelantan iaitu Cikgu Wan dan Cikgu Mansur.

Laris betul jualan mereka kerana menu ini belum ada lagi di Kota Kuching.

Biasanya, aku berjemaah Maghrib di Surau Kampung Kudei yang terletak berhampiran rumah sewa kami.

Selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah, aku akan tunggu berjemaah solat Isyak dan Tarawih pula.

Selain mengisi masa menanti masuk waktu solat Isyak dan Tarawih, aku akan mengaji al-Quran dan berbual-berbual dengan ahli jemaah surau tersebut.

Sesekali, Majidin dan rakan rumah, akan ikut ke surau.

Moreh disediakan oleh AJK surau.

Mana ada insan yang tidak sedih bakal menyambut lebaran di perantauan, jauh daripada ibu bapa dan ahli keluarga serta sanak saudara.

Perasaan ini akan terasa sangat pada petang hari raya.

Bertambah menebal rasa rindu pada kampung halaman apabila takbir raya mula bergema di langit Kenyalang.

Aku menyertai jemaah di surau Kampung Kudei mengalunkan irama takbir.

Apabila tiba giliran, aku mengepalai takbir, aku bawa lagu takbir Melaka dengan tambahan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ada dara yang mencuri memandang.

Malam itu sebagai ubat perawat rindu pada kampung halaman, kami seisi rumah keluar menaiki motosikal, merayau ke kampung kampung dalam kawasan Petra Jaya.

Suasana terang-benderang dan gemerlapan dengan pesta api raya yang disebut bertutung.

Kami tidak singgah pun di rumah-rumah yang mengundang kerana belum beraya lagi.

Setelah larut malam, kami balik rumah.

Ketika ingin melelapkan mata, suasana semakin hening menyebabkan sendu rindu semakin menggamit jiwa.

Wajah ayah,ibu, adikberadik dan sanak saudara, silih berganti datang bertamu di minda.

Entah bila aku terlelap. Fajar Aidilfitri menjelma. Dari corong radio, kedengaran alunan takbir raya beralun sayu.

Aku dan kawan-kawan yang biasa berjemaah di surau, bersiap diri ke surau menunaikan solat subuh berjemaah.

Selepas itu, balik rumah setika, bersarapan dan bersiap dengan baju Melayu untuk berjemaah solat sunat Aidilfitri pula.

Selepas berjemaah solat sunat Aidilfitri, pihak AJK surau menyediakan jamuan hari raya.

Menjelang jam 10 pagi, kawan-kawan bergerak menaiki motosikal menuju rumah anakanak didik yang mengundang beraya di rumah.

MERIAH DI SARAWAK

Oleh kerana aku seorang sahaja yang mengajar di kawasan Petra Jaya, aku berkelana seorang diri menaiki motor scrambler Honda berwarna kuning, NE2345, merayau beraya di kawasan Petra Jaya.

Kehebatan sambutan Aidilfitri di Kuching menyebabkan kami seakan lupa akan kampung halaman.

Setiap rumah akan menyediakan dua meja juadah.

Satu meja untuk juadah berat seperti lemang, mi, rendang.

Lontong, laksa, ketupat dan lain-lain lagi.

Satu meja lagi dipenuhi kuih-kuih moden seperti pelbagai jenis Kek Lapis Sarawak dan kuih tradisional seperti kuih ros, sepit dan lain-lain lagi.

Tidak lupa aku mengunjungi rumah ‘mak we’ baru-baru nak jadi.

Dia menunggu dengan pakaian baharu dan senyuman menawan.

Hampir senja baru aku tiba di rumah.

Suasana hebat beraya di Sarawak berlangsung selama tujuh hari.

Setiap tahun kehebatan sambutan Hari Raya Puasa ini masih kekal diraikan di Bumi Kenyalang yang sentiasa dalam ingatan walaupun sudah lebih 40 tahun ditinggalkan. 

BERITA LAIN

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

Kilau Ramadan

Saat siang datang mewarnai kelaparan Betapa kemiskinan kian tumbuh di ladang Kilau ramadan menyamar lentik kehampaan Haus dan lapar mendayung saling menghayati setelah siang menuntut

Sanggar Puisi

HARUMAN RAMADAN Hirupan mewangi akrab bersama alunan suci Rempah taqwa membalut diri Ujian menahan nafsu Sepurnama Ramadan hadir Maghfirah diburu insani Mawaddah iqra itulah penyeri

Oyeng dan lelaki berwajah Bonoba

AWANG JOHARI JULAIHI menggunakan nama pena: Johari A. Julaihi, berasal dari Simunjan dan menetap di Kota Samarahan, Sarawak. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

Puasa Pertama Aariqin

AIRUL AFFENDI ALI “Ayah, betul ke kalau tak puasa, tak boleh raya?. Soal Aariqin dengan dahi berkerut sambil matanya mulai mendung. Aku tersenyum. Buku yang

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan