ARTIKEL

RAKAM KENANGAN...Pemain merakam gambar bersama-sama tetamu kehormat selesai majlis penyampaian hadiah.

Takraw Piala Belia Bawah 20 Tahun: Sukma ‘A’ Dominasi Pentas Saingan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Piala Belia Bawah 20 Tahun 2026 berakhir semalam.

Kejutan luar jangkaan berlaku apabila pasukan Sukma ‘A’ mendominasi dua kategori yang dipertandingkan.

Sukma ‘A’ muncul juara kategori beregu selepas menewaskan rakan sepasukan, Sukma ‘B’ dengan kemenangan 2-1 (7-15, 15-6, 15-10).

Mereka juga bergelar juara kategori regu, menewaskan rakan sepasukan, Sukma ‘C’ dengan 2-0 (15-12, 15-9).

Sementara itu, pasukan Sukma ‘C’ dan Saberkar Layar yang tewas di peringkat separuh akhir menduduki tempat ketiga bersama bagi kategori beregu.

Manakala, pasukan Sukma ‘B’ dan ATC ‘A’ juga menduduki tempat ketiga bersama kategori regu.

Hadiah wang tunai RM700 dan piala untuk pasukan yang berjaya muncul juara kategori regu. Naib juara pula menerima wang tunai RM500 beserta piala.

Manakala, wang tunai RM150, piala dan pingat untuk dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga.

Dalam pada itu, pasukan yang muncul juara kategori beregu akan menerima wang tunai RM500 beserta piala.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM300 termasuk piala. Sementara itu, wang tunai RM150, piala dan pingat untuk dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Nizam Wang dan Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching (PSTBK), Wan Iskandar Wan Zain.

Pengerusi kejohanan, Jaffary Idris, memberitahu kejohanan dua hari (2 dan 3 Mei) dianjurkan oleh PSTBK di Dewan Sepak Takraw PSS, Petra Jaya dan menghimpunkan 26 pasukan keseluruhan – 14 kategori regu dan 12 kategori beregu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU