ARTIKEL

Takut jadi punca jangkitan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

“HATI dan perasaan remuk ketika mengetahui saya disahkan positif Covid-19,” demikian kata Nurul Nur Akma Mohd Salleh memulakan cerita. Bekas pesakit Covid-19 itu berkata, pada awalnya dia sukar untuk mempercayai bahawa dirinya dijangkiti Covid-19 kerana menganggap demam yang dialaminya hanyalah perkara biasa.

“Ini kerana, ketika itu juga saya belum mengalami apaapa simptom dan hanya mengalaminya selepas suami (Mohd Fiqri Razak) demam, kemudian adik ipar saya juga demam. “Saya masih menjalankan tugas seperti biasa, sehingga badan bergetar-getar, suhu badan dan panas juga lain macam dan dari situ saya berasa ada yang tidak kena,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, semalam.

Menceritakan detik cemas ketika membuat saringan Covid-19, kata Akma, selepas mengalami simptom awal itu, dia mengambil keputusan untuk bekerja separuh hari dan balik ke rumah.

“Saya mendapatkan alat RTK Antigen (RTK-Ag) untuk membuat ujian kendiri dan dengan cepat saya melihat ada dua garisan dan mendapati diri saya positif Covid-19.

“Saya menangis melihat keputusan tersebut, hati dan perasaan saya juga hancur kerana baharu sahaja balik dari tempat kerja dan takut menjadi punca jangkitan atau menjangkiti orang lain,” ujarnya.

Pada keesokan harinya, wartawan yang juga pembaca berita TVS itu memaklumkan, dia membuat keputusan untuk menjalani ujian calitan rt-PCR Covid-19 di Pusat Perubatan Pakar Normah untuk memastikan keputusan ujian. “Sebab ketika membuat ujian kendiri keputusan suami saya negatif, jadi saya berfikir diri saya adalah punca atau pembawa jangkitan ini di dalam rumah.

“Bagaimanapun, selepas menjalani ujian calitan tersebut, kami berdua disahkan positif Covid-19. “Saya tidak menyangka bahawa ini berlaku kepada kami suami isteri dan saya juga berasa ini pengalaman yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila.

“Kami tidak pasti puncanya, tetapi yang pasti setakat ini di rumah saya, suami dan dua adik ipar positif Covid-19, dan sehingga kini saya berasa saya adalah pembawa,” jelasnya.

Berkongsi keadaan selepas keluar dari pusat kuarantin empat hari lalu, Akma memberitahu, dia mengalami batuk tanpa kahak (batuk kering). “Walaupun saya sudah makan ubat tetapi batuk ini belum beransur kurang. Saya berharap agar benda ini tidak berpanjangan dan boleh sembuh sepenuhnya dengan cepat.

“Sekarang disebabkan batuk ini saya mengalami masalah suara – sekejap ada sekejap tiada,” katanya.

Sebelum ini ujarnya, dia juga mengalami simptom seperti hilang deria rasa dan bau serta demam juga amat berbeza daripada demam biasa. “Saya mengalami selesema, demam dan batuk tetapi ia bukan dari tekak… batuk seperti datang dari paru-paru.

“Saya mengalami demam onoff biasanya simptom begini akan datang sebelah petang hingga malam, ia bukan seperti demam biasa. “Dari segi deria pula, saya mengalaminya ketika hendak keluar dari pusat kuarantin (Institut Aminuddin Baki) tetapi dengan ikhtiar minum lemon dan madu panas, dengan cepat ada deria rasa dan bau,” ujarnya.

Akma bersyukur kerana ketika menjalani kuarantin, satu per satu simptom yang dialaminya hilang dan kini berharap pulih sepenuhnya.

“Saya berharap agar masyarakat sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan kerana kita perlu ingat Covid-19 ini sentiasa ada.

“Bagi pesakit pula, sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan sangat penting untuk meluahkan perasaan setiap hari dan ia cara untuk mengelakkan tekanan,” tegasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan