ARTIKEL

Talentbank umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Peneraju utama dalam bidang kebolehpasaran siswazah di Malaysia, Talentbank, mengumumkan senarai yang dinanti-nantikan iaitu Senarai Universiti Pilihan Majikan 2025, menampilkan lulusan universiti yang paling mendapat permintaan tinggi majikan di seluruh negara.

Majlis pelancaran pengumuman itu diadakan di sebuah hotel di sini baru-baru ini, dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.

Berbeza dengan penarafan akademik tradisional, senarai pilihan majikan itu ditentukan sepenuhnya oleh data pengambilan pekerja sebenar yang diperoleh daripada syarikat utama di Malaysia.

Antaranya, termasuk Maybank, CelcomDigi, CIMB, Nestle, Hartalega, PwC Malaysia, PETRONAS, Public Bank, Sunway, Standard Chartered Bank, BDO, DKSH Malaysia, AIA Berhad, Telekom Malaysia, Generali Insurance Malaysia, Western Digital dan lain-lain.

Maklumat berkenaan diperoleh daripada Indeks Kebolehpasaran Siswazah Kebangsaan Talentbank, menggunakan metodologi tiga peringkat iaitu mengenal pasti universiti yang menjadi sasaran majikan, mengukur jumlah pengambilan dan mengenal pasti pengambilan semula berdasarkan prestasi lulusan.

Antara universiti awam yang menjadi pilihan utama majikan, termasuk Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Universiti-universiti ini secara konsisten diiktiraf kerana melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk cemerlang dalam pelbagai sektor.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha