ARTIKEL

Juanda ketika melawat Taman Agro Igan, hari ini.

Taman Agro Igan dijangka siap tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IGAN: Projek agroekonomi luar bandar, Taman Agro Igan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Setakat Jun, projek tersebut mencatat kemajuan fizikal sebanyak 40.8 peratus.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berharap agar projek tersebut disiapkan mengikut jadual.

“Diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memastikan projek ini berjalan dengan lancar.

“Dengan siapnya projek ini, tentunya ia memberi manfaat kepada penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Taman Agro Igan, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, lawatan tersebut turut memberi peluang kepada beliau untuk melihat sendiri perkembangan pembinaan.

Menyentuh mengenai projek, ia bakal mewujudkan kaedah pertanian moden, meningkatkan pendapatan penduduk kampung serta membuka peluang aktiviti ekonomi baharu di kawasan luar bandar.

Taman Agro Igan dijangka menjadi antara pemangkin kepada pembangunan sektor agroekonomi luar bandar apabila siap sepenuhnya kelak.

Agensi pelaksana untuk projek tersebut ialah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU