TAMARILLO atau nama saintifiknya Solanum betacum ialah sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae.
Tamarillo berasal dari Andes di Ecuador, Colombia, Peru, Chile, Argentina dan Bolivia.
Ia juga dikenali dengan nama tree tomato di Nepal dan terung Belanda di Indonesia.
Tumbuhan ini jenis renek yang berbatang sederhana lembut dengan ketinggian maksimum 5 meter.
Daunnya lebar, mempunyai dahan yang banyak dan mempunyai bau pedas yang kuat.
Bunganya berwarna merah jambu putih dan membentuk kelompok 10 hingga 50 bunga.
Tamarillo menghasilkan satu hingga enam biji buah setiap kelompok.
Buahnya seperti tomato kecil, tetapi bentuknya sedikit berbeza seperti telur.
Warna buah tamarillo berbeza daripada kuning dan oren hingga merah dan ungu.
Ada juga jenis buah yang mempunyai jalur gelap dan membujur.
Buah yang berwarna merah lebih masam, manakala buah kuning dan oren rasanya lebih manis.
Isi buahnya mempunyai tekstur yang padat dan mengandungi lebih banyak biji benih saiznya lebih besar daripada tomato biasa.
Buah tamarillo mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.
Buahnya dimakan dengan mencedok isi daripada buah yang dibelah dua dan dimakan dengan roti.
Buah ini juga boleh dimakan begitu saja dan dijadikan jus minuman, acar dan sos.



