ARTIKEL

TANGKAP LAYAR… ADUN Tebedu Dr Simon Sinang Bada.

Tambah menteri tidak cekik kewangan negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penambahan jumlah menteri di Sarawak tidak akan membebankan kewangan negeri kerana kosnya sangat rendah berbanding pulangan ekonomi yang terhasil melalui tadbir urus yang lebih cekap.

ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang Bada berkata, segelintir pihak berpendapat penambahan menteri akan meningkatkan kos, namun realitinya akan memberi manfaat kepada pentadbiran negeri.

“Malah, proses kelulusan projek dapat dipercepat apabila terdapat lebih ramai anggota yang berkredibiliti, sekali gus meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pembangunan di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 pada persidangan DUN Sarawak, hari ini.

Menurutnya, dakwaan bahawa pindaan tersebut akan mewujudkan amalan patronage politik juga tidak berasas sekiranya pelantikan dibuat berasaskan merit, keupayaan, kepakaran serta rekod perkhidmatan.

“Perlembagaan turut menyediakan perlindungan struktur bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa, selain memastikan setiap pelantikan dilakukan secara telus dan mengikut ketetapan undang-undang,” ujarnya.

Mengulas dakwaan kemungkinan berlaku pertindihan tugas, beliau menegaskan bahawa pindaan itu sendiri bertujuan memperincikan tanggungjawab agar tiada portfolio yang terlalu padat atau kabur.

Katanya, penyusunan yang lebih jelas itu membolehkan setiap anggota memberi tumpuan khusus kepada bidang masing-masing demi meningkatkan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri.

“Secara keseluruhan, manfaat daripada pindaan ini pasti mengatasi kebimbangan kerana ia mengukuhkan struktur tadbir urus dan mempercepat agenda pembangunan negeri,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu