ARTIKEL

Tambah seri Hari Raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANJANG Ramadan, selain juadah berbuka puasa, pakaian juga mendapat permintaan umat Islam sebagai persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Wanita juga tidak melepaskan peluang untuk berdandan dan memperaga baju serta tudung mereka pada hari kemenangan tersebut.

Dengan teknologi di hujung jari pada masa ini, kita mampu membeli barangan secara dalam talian pada harga yang jauh lebih murah.

Bagi peniaga tudung Nurul Shamira Razali, 32, Ramadan merupakan bulan yang ditunggu untuk meningkatkan jualan tudung.

“Ramai yang mencari tudung untuk digunakan pada Hari Raya kelak dan kebanyakan mereka membeli dengan jumlah yang banyak. 

“Ini terutamanya bagi mereka yang ingin sedondon bersama-sama ahli keluarga yang lain,” katanya kepada Suara Sarawak.

Nurul Shamira Razali atau lebih mesra dikenali sebagai Shamya mendedahkan bahawa dia mula menjual tudung pada 2014.

“Setiap tahun, tentu ada rekaan tudung baharu dan saya akan mengambil yang terkini untuk dijual.

“Pada tahun ini, saya melihat rekaan tudung terkini dan mendapat permintaan adalah tudung bercorak dan berbunga. Kita juga sering melihat ia digunakan oleh model di media sosial.

“Rekaan tudung corak dan berbunga ini tentunya mudah dan sesuai untuk dipadankan dengan baju yang tidak bercorak,” jelasnya.

Dedahnya, harga untuk tudung yang dijualnya bermula RM5 sehingga RM30.

Harga tudung mengikut jenis yang dipilih oleh pelanggan.

Katanya, ramai yang beranggapan bahawa tudung yang dijual murah adalah tudung rosak, tetapi ia adlah harga pasaran dengan gaya sebelum ini.

“Saya juga pernah menjual tudung rahmah dan Alhamdulillah ia mendapat sambutan ramai, bukan sahaja dari Mukah, malah dari luar Mukah seperti Sibu, Sri Aman dan Kuching,” ujarnya.

Di samping itu, Shamya turut berkongsi bahawa sebelum ini, dia pernah berniaga tudung di Tapak Pesta Kaul Mukah.

Sambutan daripada orang ramai ketika itu sangat menggalakkan, tetapi dia lebih selesa dan memilih untuk menjual tudung dari rumah.

“Sepanjang 10 tahun berniaga, orang ramai juga sudah mengetahui lokasi rumah saya sekiranya mereka ingin membeli tudung,” katanya.

Sehubungan itu, Shamya turut berkongsi cabaran yang dihadapinya sepanjang menjual tudung.

“Walaupun hanya menjual tudung, tetapi banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk meneruskan perniagaan ini. “Antaranya, terpaksa menunggu bekalan tudung dalam masa yang agak lama sekiranya terdapat masalah dalam pengeposan.

“Seterusnya, rekaan tudung sentiasa berubah-ubah dan ia agak pantas untuk berubah,” ujarnya.

Disebabkan itu, dia akan sentiasa melihat rekaan terkini agar ia seiring dengan peredaran masa.

Dalam pada itu, dia berharap agar perniagaan tudungnya mendapat sambutan ramai terutamanya pada Ramadan ini

BERITA LAIN

Pencapaian penulis PUTERA

DALAM konteks perkembangan sastera di Sarawak, Hadiah Sastera Sarawak (HSS) memainkan peranan penting sebagai wadah pengiktirafan terhadap ketekunan, kreativiti dan sumbangan para penulis tempatan. Sebelum

Teknologi rapat jurang kaunseling

DUNIA sedang berubah. Cara manusia bekerja, berkomunikasi dan mendapatkan maklumat turut berubah. Tanpa kita sedari, cara manusia mendapatkan sokongan emosi juga sedang berubah. Telefon pintar,

BERITA TERBARU