ARTIKEL

Tanah runtuh disebabkan aliran sungai yang deras

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Keadaan hujan yang berterusan serta aliran sungai yang deras dalam beberapa hari telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Jalan Rumah Panjang ke RH Jembu dan Sk. Sg Paku, Kapit baru-baru ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata jalan tersebut masih tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan susulan berlaku tanah susur di pembetung jalan menuju ke Rh Jembu dan Sk. Sg. Paku.

“Pihak APM menasihatkan supaya penduduk yang menggunakan jalan tersebut sentiasa berhati-hati dan tidak melalui jalan tersebut sekiranya keadaan semakin teruk.

“Buat masa ini keadaan masih dalam keadaan terkawal sementara beberapa operasi dijalankan untuk menilai struktur tanah dan jalan tersebut secara terperinci,” katanya menerusi satu kenyataan sekitar jam 5 petang tadi.

Menurut beliau, faktor hujan dan aliran sungai yang deras telah menyebabkan struktur tanah di tebing sungai menjadi lembut dan menyebabkan runtuhan tanah berlaku.

Diharapkan pengguna jalan raya tersebut dapat memberi kerjasama kepada pihak yang terlibat sementara menunggu operasi pembaikan dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan untuk menjaga keselamatan masing-masing bagi mengelak berlakunya sebarang kemalalangan dan kecederaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha