ARTIKEL

Tanah runtuh hempap dapur, bilik rumah ketika penghuni nyenyak tidur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Sebuah rumah didiami lapan ahli keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di lorong 11A Kampung Duras, Siburan, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian sekitar jam 7.40 pagi itu disedari awal oleh salah seorang penghuni rumah, Robinson Sigad, setelah mendengar bunyi gelongsoran kuat di bahagian dapur rumah berkenaan.

Katanya, ketika beliau cuba memeriksa secara tiba-tiba berlaku gelongsoran pokok beserta tanah susur lalu menimpa bahagian bilik tidur dan dapur rumah, menyebabkan pintu dapur terbuka akibat limpahan tanah lumpur.

“Melihat kejadian itu, saya bergegas mengejutkan semua ahli keluarga yang sedang tidur seterusnya mengambil barang keperluan yang perlu di dapur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua ahli keluarganya telah diarahkan untuk berlindung sementara waktu di rumah jiran mereka sebelum membuat laporan polis atas tujuan keselamatan.

Sementara itu Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak yang mengesahkan kejadian memaklumkan pihaknya telah menerima laporan sekitar jam 1.09 tengah hari.

Susulan itu katanya sepasukan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Siburan telah dikerahkan ke lokasi bagi operasi menyelamat.

“Pihak bomba bagaimanapun hanya membuat pemantauan di lokasi kejadian dan seterusnya berangkat balik ke balai setelah memastikan keadaan benar-benar selamat,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, ujarnya masyarakat dinasihati untuk menghubungi pihak bomba sekiranya berlaku kejadian berulang khususnya insiden tanah runtuh seperti itu ataupun mana-mana terdapat kejadian keperluan mendesak pertolongan.

TIMBUS…Kelihatan dinding bahagian dapur tertimbus oleh tanah

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha