ARTIKEL

Tandas diperbuat 100 kg emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Sebuah tandas emas yang diperbuat daripada 100 kilogram (kg) emas 18 karat dan lengkap dengan sambungan paip, dijual pada 18 November lalu, semasa lelongan seni kontemporari, lapor The New York Times.

Rumah lelong Sotheby’s mengumumkan pembelinya sebagai ‘jenama Amerika Syarikat (AS) terkenal’, namun identiti sebenarnya tidak didedahkan.

Difahamkan, penawar tunggal membelanjakan AS$12.1 juta (kirakira RM50 juta) untuk karya seni berfungsi itu. Seorang jurucakap Ripley’s Believe It Or Not!, Suzanne Smagala-Potts kemudian pada 19 November lalu mengesahkan bahawa syarikat hiburan itu membeli tandas emas berkenaan.

“Cairkan emas itu dan emas sahaja akan bernilai kira-kira AS$10 juta (kira-kira RM41.31 juta) pada kadar hari ini, yang menjadikan ini mungkin masa rehat tandas paling menggoda dalam sejarah seni,” katanya.

Sementara itu, pengarah pameran Ripley’s, John Corcoran pula berkata, mereka tidak pernah menyangka memerlukan tukang paip bersedia untuk pemasangan seni itu.

Difahamkan, Ripley’s mempunyai banyak tarikan di seluruh dunia.

Syarikat itu juga merancang untuk mempamerkan tandas itu dan sedang meneliti sama ada pengunjung suatu hari nanti dibenarkan menggunakannya.

Dalam pada itu, Sotheby’s menetapkan harga karya seni berdasarkan nilai emas dan Ripley’s membayar tambahan AS$2 juta (kira-kira RM8.26 juta) premium kepada rumah lelong berkenaan.

Karya seni bertajuk ‘America’ dihasilkan pada 2016 oleh artis konseptual Maurizio Cattelan, yang membuat dua versi tandas itu.

Media mendedahkan, satu versi dicuri dan dimusnahkan pada 2019 semasa dipamerkan di Blenheim Palace, England. 

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU