ARTIKEL

Tangani isu sosial remaja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peningkatan remaja terlibat dalam gejala sosial amat membimbangkan, jelas Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, isu itu perlu diambil serius oleh semua pihak dalam usaha untuk memastikan masalah tersebut daripada terus berlaku.

“Terdapat beberapa isu sosial yang kita bincangkan pada hari ini (semalam), yang banyak melibatkan kes berkaitan remaja.

“Antaranya kes penyalahgunaan dadah, jenayah harta benda, kehamilan dan kesihatan mental remaja dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPSS) di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Menurutnya, kes berkaitan hamil banyak berlaku kepada remaja bawah umur yang tidak berjaya menamatkan persekolahan.

“Berdasarkan kajian, remaja yang terlibat dalam kes hamil ini kebanyakannya berumur 13, 14 dan 16 tahun.

“Untuk itu, ingin saya tegaskan bahawa peranan ibu bapa dan Jabatan Pendidikan penting dalam mengkaji perkara ini,” tegasnya lagi.

Bagi masalah penyalahgunaan dadah beliau berkata, isu tersebut mendapat perhatian orang ramai dengan terdapat laporan daripada masyarakat.

“Dalam kes ini, kita perlu mengambil langkah untuk menangani isu dadah terlebih dahulu sebagai satu langkah untuk menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh.

“Kita perlu mengenal pasti individu yang menjadi pengedar dan pembekal barang tersebut untuk memudahkan pencegahan,” ujar Fatimah.

Beliau berharap masyarakat dapat menjadi model sosial yang mantap untuk menangani dan menyelesaikan isu sosial yang berlaku.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha