ARTIKEL

Tangani segera isu penempatan pekerja tapak pembinaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menangani segera isu penempatan pekerja tapak pembinaan, yang dikenal pasti sebagai antara punca utama penularan Covid-19.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini kerana kementeriannya memandang serius dapatan Kementerian Kesihatan bahawa kebanyakan penularan jangkitan Covid-19 berlaku di dalam penempatan pekerja yang sesak, kotor dan tidak sempurna, terutama di Kuala Lumpur dan Selangor, serta ketidakpatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).
Justeru, katanya dalam sesi libat urus bersama 30 pemimpin dan wakil persatuan industri pembinaan secara dalam talian, kementerian telah menegaskan bahawa tidak kira di mana pun penempatan pekerja sama ada di dalam atau di luar kawasan tapak pembinaan, adalah diwajibkan mematuhi sepenuhnya SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Selain itu, katanya adalah menepati Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
“Antara yang boleh dipertimbangkan juga adalah mewujudkan penempatan pekerja secara berpusat yang dilihat sebagai satu langkah penyelesaian berikutan kekangan yang dihadapi kontraktor dalam menyediakan penempatan pekerja yang memenuhi Akta 446,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kekangan yang dihadapi adalah kawasan yang terhad di dalam tapak binaan, kos pembinaan penempatan pekerja yang tinggi serta tempoh masa yang lama untuk mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“CIDB bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK) serta penggiat industri diminta mengkaji dan mencadangkan lokasi yang sesuai untuk pembinaan penempatan ini yang boleh disewakan kepada para kontraktor bagi menempatkan pekerja-pekerja mereka.
“Selain penempatan, khidmat kenderaan pengangkutan pekerja untuk menghantar mereka pergi dan balik dari tapak pembinaan juga perlu disediakan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha