ARTIKEL

Mohamad ketika mendengar taklimat bagi menyelesaikan isu pembinaan semasa mengadakan lawatan ke tapak projek Jalan Kupang-Bajau hari ini. Foto: OSMAN RAZALI

Tangani segera isu utiliti elak projek Jalan Kupang-Bajau tergendala

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Isu yang timbul di tapak pembinaan projek perlu ditangani segera bagi mengelakkan kelewatan pelaksanaan, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Beliau menegaskan langkah pencegahan awal amat penting kerana sebarang projek yang berjalan mengikut jadual boleh terjejas sekiranya masalah sampingan dibiarkan berlarutan.

“Mencegah lebih baik daripada merawat.

“Jika kita mengesan ada isu di tapak projek, semua pihak yang bertanggungjawab perlu bertindak segera sebelum ia menjadi lebih besar dan menjejaskan kemajuan kerja,” katanya.

Keadaan terkini Jalan Kupang-Bajau yang sedang giat dibina. Foto: OSMAN RAZALI

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Jalan Kupang-Bajau hari ini.

Menurut beliau, lawatan tersebut mendapati kemajuan fizikal projek berada pada tahap memberangsangkan apabila mencapai 48.53 peratus, sekali gus mendahului jadual sebanyak 7.31 peratus.

Bagaimanapun, beberapa isu berkaitan pengalihan utiliti seperti kabel elektrik dan saluran paip perlu diselesaikan segera bagi memastikan momentum pembinaan tidak terjejas.

“Projek ini berjalan dengan baik, tetapi jika isu-isu sampingan seperti pengalihan utiliti tidak ditangani segera, ia berpotensi melambatkan keseluruhan pelaksanaan projek.

“Inilah yang kita mahu elakkan. Saya percaya melalui perbincangan secara terus antara Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor, perunding serta Sarawak Energy, segala isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik,” ujarnya.

Mohamad menambah, projek pembinaan Jalan Kupang-Bajau bernilai RM112.9 juta di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu dijadualkan siap pada 14 September 2027.

“Kita mahu rakyat menikmati kemudahan jalan ini mengikut jadual.

“Insya-Allah, dengan komitmen dan kerjasama semua pihak, sasaran itu mampu dicapai,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap kerja pembinaan jambatan di sepanjang jajaran berkenaan yang bergerak perlahan dapat dipercepatkan bagi memastikan keseluruhan projek disiapkan tanpa kelewatan.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa sikap profesional serta kerjasama erat antara semua agensi terlibat akan memastikan projek berimpak tinggi itu terus dilaksanakan dengan lancar demi manfaat penduduk setempat.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu