Trending

Tanggungjawab seorang isteri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SOALAN: APAKAH TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI?

Setelah menjadi isteri, pastinya mempunyai tanggungjawab tambahan dan tanggungjawab yang baharu buat si suami.

Tanggungjawab itu bukan satu bebanan, malah ia menunjukkan kasih dan sayang isteri buat suami dan sebaliknya, tanggungjawab suami terhadap isterinya.

Ia juga untuk memastikan rumah tangga itu berfungsi dengan baik, mengelak berlaku salah faham dan sentiasa diberkati.

Si isteri apabila disuruh suaminya melakukan sesuatu hendaklah dia patuh dan taat selagi tidak melanggar syarak.

Daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga maruah dirinya dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia suka (sesuai dengan pilihannya).” (hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad) Ketika menyandang gelaran isteri, wanita perlu menjaga kehormatan diri dan menjaga maruah suami serta keluarganya.

Jika isteri melakukan sesuatu, ia bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, malah suami, anak-anak, keluarga dan mentua mendapat tempias perbuatan itu baik atau buruk.

Dalam Islam, seorang isteri itu wajib menjaga kehormatan dirinya terutama jika ketiadaan suami di sisinya dari segi tingkah laku, tutur kata dan maruah diri.

Seperti fi rman Allah: “Maka, perempuan solehah ialah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika ketiadaan (suaminya), kerana Allah menjaga (mereka).” (maksud an-Nisa’: 34 )

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru