ARTIKEL

Tanpa gitar dan dram, Naungan tampil unik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keunikan landskap semula jadi Sarawak bukan sahaja memukau dari segi visual, tetapi menjadi latar yang sempurna untuk menyatukan pelbagai budaya muzik dari seluruh dunia.

Anggota kumpulan Naungan, Alex Rocksta’ berkata, dengan persekitaran venue Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang dikelilingi hutan hujan, gunung dan laut, kawasan ini seperti ruang tertutup yang membawa ribuan orang datang menikmati muzik dalam suasana yang sungguh istimewa.

Katanya, pengalaman menyaksikan gabungan muzik global dan bengkel budaya pelbagai etnik menjadikan festival ini sebagai medium paling tepat untuk meraikan kepelbagaian.

“Bagi saya, itu sendiri sudah cukup istimewa. Tambahan pula, anda berpeluang menyaksikan pelbagai bengkel sepanjang hari yang melibatkan pelbagai etnik dan budaya.

“Jadi, inilah cara yang paling sempurna untuk mengetengahkan serta memperlihatkan budaya, satu bentuk meraikan budaya,” katanya pada sidang media RWMF 2025, di sini hari ini.

Berkongsi cabaran yang dihadapi dalam mencipta karya, Yi Mann yang bermain guzheng berkata, antara kesukaran utama ialah menyatukan bunyi pelbagai alat muzik etnik dalam satu susunan harmoni.

“Kami tiada gitar, tiada dram, tiada papan nada, semuanya alat tradisional. Jadi, bila mencipta lagu, kami perlu fikir susunan seperti lapisan oktaf atau teknik kanon agar setiap instrumen jelas kedengaran,” katanya.

Yi Mann (kiri) dan Alex menjawab soalan yang diajukan pada sidang media RWMF 2025. Foto: Ghazali Bujang

Beliau menambah, proses ini memerlukan banyak masa berlatih untuk mencari keseimbangan agar setiap bunyi menyerlah tanpa bersaing antara satu sama lain.

Mengulas perbezaan komposisi asal mereka berbanding muzik rakyat tradisional, Yi Mann menjelaskan bahawa Naungan cuba membawa genre baharu tanpa mengabaikan akar budaya.

“Kami ada lagu seperti Reboot yang berinspirasikan rock dan blues. Walaupun hanya menggunakan instrumen etnik, kami mahu buktikan muzik ini boleh dibawa ke pelbagai genre,” jelasnya.

Katanya lagi, identiti Naungan kekal unik kerana mereka menampilkan sepenuhnya alat muzik tradisional tanpa sebarang elemen moden seperti gitar elektrik, dram atau bass.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha