Pihak berkuasa kesihatan Tanzania pada Isnin mengeluarkan amaran peringkat tinggi berhubung wabak penyakit mata merah yang menyebabkan kemerahan pada mata, kebanyakannya disebabkan oleh saluran darah yang membesar atau bengkak, lapor Xinhua.
Pengarah Perkhidmatan Kuratif di Kementerian Kesihatan Pascal Ruggajo berkata siasatan awal menunjukkan kebanyakan individu dijangkiti penyakit itu di negara ini.
Dalam sidang media, Ruggajo berkata terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit dengan penyakit mata merah yang dilaporkan di pusat-pusat kesihatan di Tanzania.
Beliau berkata antara gejala penyakit mata merah termasuk gatal-gatal pada mata, rasa pedih mata dan mata berair.



