ARTIKEL

Kredit: Bernama

Tarif AS lebih rendah beri kelebihan kepada pengeksport Kemboja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PHNOM PENH: Kemboja berpotensi memperoleh kelebihan daya saing menerusi tarif baharu Amerika Syarikat (AS) sebanyak 10 peratus yang diumumkan pada Khamis, lebih rendah berbanding kadar dikenakan terhadap pesaing utamanya dalam sektor pembuatan serantau.

Pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR) mengumumkan pusingan baharu tarif antara 10 hingga 12.5 peratus terhadap import dari 60 negara berhubung penggunaan buruh paksa dalam pengeluaran barangan eksport.

“Tarif baharu 10 peratus ini baik untuk Kemboja dari segi daya saing dan tarikan pelaburan langsung asing (FDI). Sektor pakaian, kasut dan kelengkapan perjalanan dijangka mendapat manfaat kerana pesaing terdekat di rantau ini seperti Vietnam dan China dikenakan tarif 12.5 peratus.

“Sektor pembuatan bukan pakaian serta sektor barangan dan produk lain juga boleh mendapat manfaat kerana pesaing serantau seperti Thailand dan Vietnam sudah dikenakan tarif lebih tinggi sebanyak 12.5 peratus,” kata pakar ekonomi bebas yang berpangkalan di Phnom Penh, Dr Chey Tech kepada Bernama.

Bagaimanapun, Kemboja masih perlu bersaing dengan Bangladesh dan Indonesia yang turut dikenakan tarif AS pada kadar sama, iaitu 10 peratus.

Chey berkata kedua-dua negara itu bergantung pada bahan mentah tempatan seperti kapas dan fabrik, manakala Kemboja banyak mengimport bahan berkenaan dari China.

Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer dalam kenyataan media bertarikh 23 Julai berkata tarif itu dikenakan mengikut Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 selepas negara terlibat didapati gagal melarang secara berkesan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa, menurut laman sesawang USTR.

AS kekal sebagai antara pasaran eksport terbesar Kemboja, dengan perdagangan dua hala mencecah US$13 bilion (RM53 bilion) tahun lepas, menurut Kementerian Perdagangan seperti dilaporkan media kerajaan Agence Kampuchea Presse.

Eksport utama negara itu ke AS termasuk pakaian, kelengkapan perjalanan, kasut, aksesori pakaian, jentera elektrik, produk kulit dan beg tangan.

Pelaksanaan tarif baharu itu berlaku ketika Kemboja berdepan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.

Pada 8 Julai, Tabung Kewangan Antarabangsa menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Kemboja bagi 2026 kepada 3.0 peratus.

“Tarif yang lebih rendah ini merupakan berita baik bagi eksport dan pembangunan ekonomi Kemboja.

“Namun, Kemboja perlu menyusun semula ekonominya, mempercepat pendigitalan, membangunkan tenaga kerja lebih berkemahiran, mengurangkan birokrasi serta mempelbagaikan asas perindustrian bagi menarik lebih banyak pelaburan asing,” kata Chey. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai