ARTIKEL

Foto: REUTERS/Edgar Su

Tarif baharu AS jejas Singapura, berpotensi cetus perang perdagangan global – TPM Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Langkah Amerika Syarikat mengenakan tarif yang meluas ke atas import akan memberi kesan ketara kepada Singapura dan boleh mencetuskan perang perdagangan global, lapor The Straits Times (ST) memetik Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong.


Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Industri berkata isi rumah dan perniagaan di Singapura perlu bersedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang lebih mencabar.


Beliau berkata Singapura sedang menilai semula unjuran pertumbuhan bagi 2025 dan bersedia menawarkan sokongan kepada isi rumah serta perniagaan jika diperlukan.


Gan berkata, meskipun tarif 10 peratus yang dikenakan ke atas barangan dari Singapura lebih rendah berbanding negara lain, pertumbuhan ekonomi tetap akan terkesan sekiranya perdagangan dan aktiviti ekonomi global merosot dengan ketara.


Beliau turut menyatakan kekecewaan Singapura terhadap langkah AS, memandangkan hubungan ekonomi yang lama terjalin serta perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara kedua-dua negara.


Gan berkata Singapura akan berunding dengan AS bagi memahami kaedah pengiraan tarif itu serta menjelaskan sebarang salah faham yang mungkin menyebabkan kadar 10 peratus dikenakan. -Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU