ARTIKEL

SENGIT... Antara sebahagian aksi peserta terlibat.

Tarik Tali Terbuka Debak 2026: Ultra Al-Rahman muncul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Prestasi hebat dipamer peserta Ultra Al-Rahman apabila berjaya merangkul gelaran juara Pertandingan Tarik Tali Terbuka Debak 2026.

Wakil dari Kabong itu memastikan wang tunai RM400 berserta pingat milik mereka selepas mengetepikan pesaing terdekat mereka, Blue Titend dari Betong pada aksi final yang cukup sengit, sekali gus membawa pulang wang tunai RM300 termasuk pingat selaku naib juara.

Tempat ketiga pula milik satu lagi pasukan dari Betong, Blue Guardians dan turun membawa pulang wang tunai RM200 termasuk pingat.

JUARA… Peserta Ultra Al-Rahman merakam gambar selepas majlis penyampaian hadiah.

Sambil, pasukan Combat Team dari Beladin menduduki tempat keempat dan turut membawa pulang wang tunai RM100 dan pingat.

Pertandingan tersebut dianjur oleh Kelab Belia Pekan Debak bersempena Debak Fest 2026.

Lapan pasukan berentap untuk pertandingan yang diadakan di padang Riveria Debak terbabit.

Empat lagi pasukan lainnya ialah The Pakak Man, Tok Ugak, Brother’s APM T.OW dan Koroi TheBuck.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Debak, Mohamad Khairurani Ibrahim.

Objektif penganjuran pertandingan tarik tali tersebut adalah untuk memeriahkan Debak Fest 2026.

Ia juga usaha jawatankuasa penganjur untuk mempopular kembali sukan tradisional terbabit kepada generasi masa kini.

Apa-apa pun, pembabitan ramai pihak termasuk masyarakat setempat dengan program berkenaan, secara tidak langsungnya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua pihak.

BERITA LAIN

Sakkok FC Timba Pengalaman Di Johor

KUCHING: Sakkok FC bangkit daripada kekalahan pada aksi pembukaan dengan membelasah J United FC 12-1 dalam perlawanan persahabatan kedua pada Jelajah Johor 2026 di Arena

BERITA TERBARU

Guru rugi lebih Rm700,000 ditipu “polis” palsu

BATU PAHAT: Seorang guru sekolah menengah di daerah ini kerugian RM748,326.50 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon (phone scam) yang menyamar sebagai “pegawai polis