ARTIKEL

Taufan Lekima: Angka korban meningkat kepada 44 jiwa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Taufan Lekima yang membadai pantai timur China telah mengakibatkan kemusnahan dan memaksa lebih sejuta penduduk berpindah dan mengorbankan 44 nyawa setakat ini, lapor media negara itu pada Isnin.

Rakaman stesen penyiar CCTV menunjukkan padang dan jalan raya dibanjiri air berlumpur, kenderaan tenggelam, longgokan serpihan dan pokok yang tercabut akibat angin kencang serta hujan akibat Taufan Lekima yang menghancurkan kawasan sepanjang pantai.

Sekurang-kurangnya 16 orang dilaporkan masih hilang ketika ribut itu melanda di Beijing.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata, angka korban meningkat kepada 39 di wilayah Zhejiang, lokasi kemuncak Taufan Lekima pada Sabtu, dengan kelajuan angin hampir 190 kilometer sejam yang membadai kawasan pantai.

Sekurang-kurangnya 18 daripada mangsa terkorban dalam insiden tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di Wenzhou, kata media tempatan.

Lebih sejuta orang telah dipindahkan dari rumah mereka ketika dilanda taufan, lapor Xinhua.

Bencana alam itu telah menyebabkan kerugian i lebih 24.22 bilion yuan (RM14.3 bilion) di wilayah Zhejiang sahaja, kata pihak berkuasa.

Rakaman disiarkan CCTV menunjukkan pekerja penyelamat menggunakan bot dan tali untuk menyelamatkan penduduk yang terkandas.

Dilaporkan lebih 3,200 penerbangan telah dibatalkan selepas Beijing, Shanghai dan bandar-bandar lain menggantung operasi penerbangan mereka.

Di Shanghai, lebih daripada 90 tapak pelancongan termasuk Disneyland ditutup sebelum ribut melanda. Kebanyakannya dijangka akan dibuka semula pada Isnin atau Selasa. -AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU