ARTIKEL

Tauke kedai runcit kantoi jual 4D

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang tauke kedai runcit di sini ditangkap ketika sedang menjual loteri haram semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata lelaki berbangsa Cina itu ditangkap di kedainya di Kampung Pengkalan Tebang sekitar jam 5.30 petang.

Katanya tangkapan ke atas suspek berusia 37 tahun dibuat setelah mendapat aduan awam kerana menjalankan kegiatan penjualan loteri tanpa lesen.

“Hasil serbuan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau merampas kertas putih yang tercatit angka disyaki loteri tanpa lesen, telefon bimbit jenis Nokia dan wang tunai berjumlah RM68,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Poge menambah suspek suspek bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka.

 

Peniaga kedai runcit yang ditahankan kerana menjual loteri haram.
Barang rampasan daripada suspek untuk menjalankan kegiatan penjualan loteri tanpa lesen.

 

Kedai runcit milik suspek yang digunakan untuk menjual loteri haram.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU