ARTIKEL

Tauke sayur dicekup curi elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengusaha sayursa yuran komersial di Jalan Oya, Sibu dicekup semalam selepas didapati membuat penyambungan bekalan elektrik secara haram dari tiang elektrik berdekatan.

Serbuan ke lokasi dilakukan bersama Unit Pemeriksa Elektrik (EIU) Kementerian Utiliti dan pihak polis mengesan, pengusaha kebun berkenaan mendapat bekalan elektrik secara langsung dari transformer di tiang perkhidmatan, melewati meter.

Bertindak maklumat awam, Sarawak Energy sejak Mac tahun ini mendapati pengusaha kebun telah melakukan jenayah beberapa kali sebelum ini. Sarawak Energy telah meletakkan pengusaha kebun berkenaan pada senarai pengawasan untuk kecurian bekalan elektrik dan kini pihaknya bekerjasama dengan polis.

Jurucakap Syarikat Sesco Berhad berkata, penyambungan haram dengan pendawaian terdedah adalah membahayakan keselamatan dan ia juga boleh menyebabkan kebakaran.

“Kebun sayur tersebut juga didapati menyediakan tempat tinggal kepada pekerja imigran yang dilengkapi dengan unit penghawa dingin. Semua sambungan haram telah diputuskan dan disita sebagai bukti semasa serbuan,” katanya.

Beliau berkata, kecurian bekalan elektrik masih berleluasa di Sarawak dan, Sarawak Energy akan terus bekerjasama dengan EIU, polis dan agensi penguat kuasa lain bagi mengesan sasaran.

Katanya, Sarawak Energy juga sedang mengkaji teknologi yang boleh mengesan aktiviti kecurian bekalan elektrik haram untuk membendung jenayah ini.

Sarawak Energy ingin mengingatkan orang ramai yang didapati bersalah mencuri elektrik akan dikenakan hukuman mengikut Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik, yang membawa hukuman denda RM100,000 dan / atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Orang awam yang mengesan aktiviti yang mencurigakan boleh menghubungi talian hotline Sarawak Energy di 082-443535.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu