KUCHING: Pelbagai tawaran istimewa bakal dinikmati oleh pembeli rumah di bawah syarikat Naim Holdings Berhad (NAIM) susulan penganjuran Kempen Joy of Reunion, yang berlangsung dari 1 Januari hingga 28 Februari 2025.
Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Kumpulan NAIM, Suhaimi Ahmad, berkata kempen ini dilaksanakan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Tahun Baharu 2025.

Katanya, kempen masa terhad ini juga menawarkan pelbagai faedah eksklusif untuk pembeli rumah, termasuk rebat, pakej reka bentuk dalaman, dan ganjaran bernilai sehingga RM8,888.
“Justeru, Kempen Joy of Reunion ini melibatkan tiga projek kediaman kami yang terletak di tiga bahagian, iaitu Sapphire on The Park di Kuching, The Peak di Bintulu, dan Desa Damai di Miri,” katanya ketika program Taklimat Kempen dan Pengenalan Media di George Y. Residence, di sini, semalam.

Sempena program tersebut, pengamal media berkesempatan melihat sendiri persekitaran di kawasan kediaman serta unit rumah di George Y. Residence dan Sapphire on The Park.
Sehubungan itu, NAIM menerusi kenyataan memaklumkan, bersempena Tahun Baharu Cina, pihaknya bakal menganjurkan rumah terbuka pada 1 Februari di Naim Clubhouse di South Lake Permyjaya, Miri, sekali gus melancarkan projek Sierrarumah teres satu tingkat baharu di Desa Permai.

Pelancaran projek kediaman tersebut adalah ekoran kejayaan Lilium, yang mencatatkan kadar penggunaan sebanyak 97 peratus, menunjukkan permintaan yang baik untuk rumah berkualiti di kawasan itu.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pembeli sedia ada boleh menikmati ganjaran rujukan yang lebih tinggi dan diskaun untuk pembelian seterusnya.

Orang ramai juga boleh memperoleh ganjaran melalui program rujukan tersebut. Inisiatif ini menawarkan peluang menarik kepada semua untuk mencari rumah idaman mereka sambil mendapatkan ganjaran.
Untuk rekod, Galeri Jualan NAIM di Kuching, Bintulu, dan Miri akan terus dibuka sepanjang cuti perayaan, bersedia memberikan bantuan kepada mereka yang mencari rumah ideal.
Mereka yang berminat boleh melawat galeri jualan NAIM terdekat atau menghubungi syarikat berkenaan untuk maklumat lanjut.
Kemas kini mengenai Naim Properties boleh dilayari di laman web syarikat di pautan www.naimproperties.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram, dan TikTok.



