ARTIKEL

Tawaran permit haji palsu jerat mangsa di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis mengesahkan seorang lelaki warga tempatan kerugian RM415,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan melibatkan tawaran pengeluaran permit haji dan perniagaan hotel di Makkah.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa berusia 62 tahun berkenalan dengan seorang suspek lelaki pada 30 Okt 2024 di sebuah restoran di kawasan Clock Tower, Makkah.

“Suspek menawarkan bantuan mendapatkan permit haji selain peluang menyertai perniagaan hotel bagi penginapan jemaah semasa musim haji dan umrah di Makkah.

“Tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa telah melakukan enam transaksi pembayaran secara dalam talian ke dua akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata pembayaran pertama dibuat pada 10 Nov 2024 ketika mangsa berada di kediamannya di Kuching.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM415,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat