ARTIKEL

Taylor Swift batalkan konsert di Vienna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ATAS faktor keselamatan, penyanyi Taylor Swift terpaksa membatalkan konsert jelajah ‘The Eras Tour’ di Vienna, Austria yang dijadualkan berlangsung selama tiga malam.

Selepas mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa Austria, pihak penganjur mengumumkan pembatalan persembahan selepas didakwa menjadi sasaran ancaman pengganas.

Keputusan tersebut dibuat selepas berita penangkapan dua individu yang disyaki merancang serangan dalam acara besarbesaran termasuk konsert Taylor.

“Pembatalan itu dibuat demi menjaga keselamatan semua penonton yang hadir,” kata pihak penganjur ketika membuat pengumuman itu menerusi hantaran di Instagram Barracuda Music baru-baru ini.

Sementara itu, pihak berkuasa menahan suspek berusia 19 tahun di Ternitz dan merampas bahan kimia disyaki bahan letupan pada Rabu.

Seorang lagi suspek pula dicekup di Vienna pada hari yang sama.

Konsert Taylor yang dijadual berlangsung pada minggu ini dijangka menarik lebih 65,000 peminat ke stadium Ernst Happel.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,