ARTIKEL

RAMPASAN… Antara rokok seludup yang berjaya dirampas.

TDM gagalkan cubaan seludup masuk rokok 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 3,000 karton rokok pelbagai jenama yang bernilai RM95,000 di Sektor Pos GABMA Tebedu dekat sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 12.15 tengah malam.

RAMPASAN… Antara rokok seludup yang berjaya dirampas.

‘’Dalam kejadian itu, sepasukan anggota yang sedang melaksanakan rondaan telah melihat sekumpulan individu tidak dikenali berjalan kaki membawa kotak-kotak barang melintasi sempadan menuju ke Malaysia.
 
‘’Sebaik menyedari kehadiran anggota pasukan, kesemua individu itu bertindak melarikan diri semasa serbuan dibuat,’’ kata kenyataan itu.
 
Sementara itu, hasil pemeriksaan menjumpai sebanyak 3,000 karton rokok pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai seperti rokok jenama ERA Full Flavour sebanyak 1,400 karton; rokok jenama ERA Black Menthol sebanyak 1,000 karton serta rokok ERA Premium sebanyak 600 karton.
 
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tebedu manakala kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Kastam Tebedu untuk tindakan lanjut, katanya.
 
‘’TDM komited mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara terutama dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) mahupun sebarang bentuk jenayah rentas sempadan daripada berlaku,’’ katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU