ARTIKEL

Dr. Simon Sinang Bada… ADUN Tebedu

Tebedu jadi pintu masuk ekonomi antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kedudukan Tebedu sebagai pintu masuk antarabangsa memberi kelebihan strategik kepada kawasan tersebut untuk berkembang sebagai hab perdagangan dan pelancongan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada.

Sehubungan itu, beliau menggesa beberapa projek pembangunan utama di kawasan sempadan dipercepatkan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.

Menurut Dr. Simon, rancangan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) telah lama dibincangkan, namun sehingga kini projek berkenaan masih belum memulakan kerja pembinaan.

“Kerajaan pusat juga merancang, tetapi kita belum melihat projek itu dimulakan. Kerajaan pusat juga merancang untuk menaik taraf jalan Serian–Tebedu. Kita juga berharap agar pembinaan jalan raya ini dipercepatkan supaya kita dapat menarik pelabur dan pelancong ke Bandar Tebedu,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026), 2025 pada Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Dr. Simon memaklumkan bahawa kerajaan negeri melalui Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) telah merancang pembangunan Hab Ekonomi Tebedu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM46 juta.

Projek berimpak tinggi itu, ujarnya, dijangka mewujudkan peluang baharu dalam sektor perdagangan, logistik, pertanian moden serta pelancongan.

“Saya menyeru rakyat Tebedu agar turut serta menyokong dan mengambil kesempatan daripada pembangunan Hab Ekonomi Tebedu. Keterlibatan masyarakat amat penting supaya manfaat ekonomi dapat dirasai secara menyeluruh,” katanya.

Kerajaan Sarawak juga sedang melaksanakan projek pembinaan jalan raya dari Kampung Temong ke Darul Huda dan Darul Fallah hingga ke Kampung Tepoi (Fasa Kedua).

Dalam hal tersebut, Dr. Simon berharap agar Fasa Ketiga, iaitu laluan dari Kampung Tepoi ke Kampung Sadir, dapat dimulakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, penyambungan rangkaian jalan raya itu akan meningkatkan akses penduduk, memudahkan aktiviti ekonomi dan memperkukuh hubungan antara kampung di kawasan pedalaman Tebedu.

“Pembangunan yang terancang dan berterusan amat penting bagi memastikan rakyat di kawasan sempadan menikmati kemudahan infrastruktur yang setara dengan kawasan lain,” ujar beliau lagi.

Dr. Simon menegaskan bahawa keseluruhan pembangunan ini selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk menjadikan Tebedu sebagai hab ekonomi baharu yang mampu melonjakkan taraf hidup serta kesejahteraan rakyat setempat.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan