Tebingan Balingian akan dinaik taraf

BALINGIAN: Batang Balingian sememangnya sinonim sebagai lokasi pilihan kaki joran untuk melabuh pancing mereka terutama pada musim yang sesuai untuk mengail udang galah ataupun memesei padaq (dalam dialek
Melanau Balingian) Adun Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, rasa isi udang galah daripada Sungai Balingian sama ada yang dipancing, dijala, diceduk (di ka’up) dan dibubu apabila dimasak dan sebagainya membawa rasa yang sangat enak.

“Penganjuran Pesta Padaq @ Pesta Udang 2019 ini amat bertepatan dan menjadi acara tahunan penduduk tempatan
selain menjadi tarikan kepada masyarakat dari luar daerah untuk berkunjung santai ke Daerah Kecil
Balingian,” katanya.

Dalam Pesta Padaq @ Pesta Udang 2019 ini telah diadakan pertandingan Memesei Padaq (mengail udang), Merambat (menjala), ”Padaq Idol, Pisiek Padaq dan tarian senaman kreatif.

Abdul Yakub menambah, Kerajaan Sarawak bercadang untuk memanjangkan lagi Projek Tebingan Balingian mela-
lui beberapa fasa sehingga ke kawasan Toa Pekong Balingian.

Menurutnya, kawasan ini jugadirancang untuk diubah wajah dengan landskap menarik serta pembinaan kawasan parkir tambahan dan tandas awam yang lebih selesa.

“Apabila siap sepenuhnya projek yang dirancang ini yang telah pun diluluskan oleh kerajaan, kawasan ini akan menjadi tarikan utama pengunjung dari luar kawasan ke Balingian untuk bersantai,” ujarnya.

Kawasan ini boleh dijadikan tempat tarikan pelancong bagi daerah luar bandar kerana Sungai Balingian masih tenang dengan tebingan yang masih ditumbuhi pokok yang kehijauan selain lokasi terbaik bagi kaki joran.