ARTIKEL

Mohamad Duri menyerahkan bubur lambuk kepada penerima ketika merasmikan Program Penyerahan Bubur Lambuk anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Majlis Berbuka Puasa Pejabat Daerah Saratok di sini semalam. GAMBAR UKAS.

Tebingan Saratok kini dalam fasa perancangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Projek pembinaan Tebingan Saratok kini berada dalam fasa perancangan dengan usaha mengenal pasti lokasi sementara yang sesuai bagi menempatkan para penjaja sepanjang tempoh pelaksanaan projek tersebut.

ADUN Kalaka Mohamad Duri berkata walaupun sebahagian peruntukan digunakan untuk projek Tebingan Saratok, usaha membantu penduduk luar bandar tetap diteruskan.

“Usaha ini termasuklah penyediaan kemudahan seperti ban dan pintu air bagi kawasan tanaman serta pembinaan jalan pertanian di kawasan Metong.

“Pembangunan Anjung Rehat Kalaka turut sedang diusahakan bagi menyediakan kemudahan kepada penduduk setempat untuk berehat serta menjalankan aktiviti komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Penyerahan Bubur Lambuk anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Majlis Berbuka Puasa Pejabat Daerah Saratok di sini semalam.

Menurutnya pembangunan infrastruktur merupakan antara faktor penting dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat, khususnya bagi mereka yang terlibat dalam sektor pertanian.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa Jambatan Krian Kabak dijangka dibuka secara rasmi pada 18 Mac ini, sekali gus bakal meningkatkan kemudahan perhubungan dan mobiliti penduduk di kawasan berkenaan.

Pada masa sama, beliau juga memuji usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam membanteras kegiatan jenayah, termasuk tangkapan melibatkan kes dadah dan judi dalam talian di daerah tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menyempurnakan pengagihan sebanyak 250 pek bubur lambuk kepada masyarakat setempat dengan 100 pek diserahkan kepada pihak masjid.

Sementara itu, 150 pek lagi diagihkan kepada warga jabatan serta masyarakat sekitar bagi menyemarakkan suasana Ramadan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha