ARTIKEL

Tebingan Sungai Igan Fasa 3 ya g dijangka siap pada Mac depan.

Tebingan Sungai Igan fasa 3 siap 25 Mac ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IGAN: Penduduk di daerah kecil Igan bakal memiliki sebuah lagi kemudahan rekreasi awam apabila projek Tebingan Sungai Igan Fasa 3 sepanjang lebih 400 meter dijangka siap sepenuhnya pada 25 Mac depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, projek yang melibatkan kos berjumlah RM1.577 juta itu merupakan inisiatif bagi mengelakkan tebing sungai daripada hakisan.

Menurutnya, inisiatif tersebut bertujuan memastikan sungai-sungai di kawasan Igan terus terpelihara serta selamat untuk jangka masa panjang.

“Semua sungai di kawasan Igan akan dilengkapi dengan benteng kawalan hakisan bagi menjaga kelestarian sungai serta mengurangkan risiko kerosakan akibat hakisan.

“Insya-Allah, pada bulan Mac nanti sempena Hari Raya Aidilfitri, penduduk Igan dapat menikmati kemudahan Tebingan Sungai Igan Fasa 3 ini,” katanya.

Juanda mendengar taklimat daripada pihak agensi pelaksana semasa pemantauan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melakukan pemantauan ke atas pelaksanaan projek berkenaan, semalam.

Sehubungan itu, Juanda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng berharap agar projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Tegasnya, pihak kontraktor perlu memberi perhatian serius terhadap aspek kualiti pembinaan serta memastikan kerja-kerja dilaksanakan mengikut standard yang telah ditetapkan.

“Pemantauan berterusan akan dilakukan oleh pihak bertanggungjawab dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti kerja sentiasa dikekalkan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

“Di samping itu, kerjasama daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) amat penting bagi memudahkan urusan pelaksanaan projek di lapangan.

“Penduduk kampung juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak kontraktor demi memastikan kelancaran kerja-kerja pembinaan,” katanya lagi.

Beliau berharap agar projek tersebut dapat dilaksanakan mengikut jadual serta disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

RAKAM KENANGAN…Juanda merakam kenangan bersama yang lain selepas pemantauan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU