ARTIKEL

Tebingan Sungai Sarikei seakan-akan berpesta buah-buahan dengan kehadiran ramai pengunjung.

Tebingan Sungai Sarikei syurga buah-buahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Musim buah-buahan yang menjadi sumber rezeki petani dan peniaga kecil daerah ini kembali lagi.

Tidak hanya buah durian, tetapi dabai, langsat, cempedak, rambutan, manggis, dan banyak lagi turut dijual seawal jam 8.00 pagi, menjadikan Tebingan Sungai Sarikei sebagai syurga buah-buahan.

Menjelang waktu petang, tapak itu semakin meriah dengan kehadiran ramai pengunjung yang semata-mata ingin menikmati buah-buahan segar dengan harga murah.

Seorang pengunjung, Yassin Malik, 56, berkata, lambakan buah-buahan di sepanjang jalan menyukarkannya membuat pilihan.

“Semuanya bagus. Susah nak pilih. Buah durian, saiznya tidak terlalu besar tetapi isinya lemak manis, memang padu,” katanya kepada Suara Sarawak.

Salleh Ali, 43, berkata, harga yang ditawarkan agak murah dan menjadi tarikan untuknya berkunjung ke tapak berkenaan.

“Taklah mahal, hari ini saya beli RM25 setompok durian. Pada saya, harganya agak berbaloi. Lagipun, isinya bagus dan lunak.

“Saya juga beli manggis dan rambutan yang rata-ratanya berharga RM10 sekilogram. Paling puas hati, buah dabai… harga murah dan isi tebal,” katanya.

Dalam pada itu, peniaga, Tok Lim Hii, 40, berkata, permintaan pelanggan yang sentiasa meningkat memaksa mereka mendapatkan bekalan yang mencukupi daripada pembekal.

“Jika bukan pada musimnya, harga durian, dabai, dan lain-lain agak mahal kerana ketika itu bekalan buah kurang di pasaran. Namun ketika ini, harganya jauh terjangkau,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan