KUCHING: Hasrat menjadikan Sarawak sebagai hab kerjasama industri kreatif dan teknologi serantau semakin rancak apabila satu platform baharu berkonsepkan diplomasi persahabatan, Tee.F.Dee bakal diperkenalkan.
Program berlangsung pada 21 hingga 23 Mei di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) ini mampu memberikan kelainan sebagai satu platform yang menggabungkan empat industri.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program ini dianjurkan dengan kerjasama strategik di antara Sarawak dengan Indonesia.
“Program ini bakal menjadi satu platform yang menghimpunkan pelbagai industri untuk mempamerkan keupayaan masing-masing.
“Antara elemen yang akan diketengahkan dalam program ini termasuklah bidang kesenian, teknologi, muzik serta kraf tangan tempatan Sarawak dan Indonesia,” katanya dalam sidang media Diplomasi Persahabatan (Tee.F.Dee) di Bangunan Baitulmakmur Dua, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pengarah The Sophie’s Choice dari Indonesia, Andy ‘Atis’ Manuhutu menjelaskan bahawa pemilihan Kuching sebagai lokasi bagi menggabungkan empat industri tersebut merupakan hasil kajian daripada pemerhatian
“Pihak kami membuat kajian sejak 2016 dan mendapati Kuching mempunyai potensi besar untuk dijadikan hab industri yang pelbagai ini.
“Dengan pelan pembangunan yang kukuh, infrastruktur, ekonomi tenaga, serta hubungan penerbangan yang baik dengan Singapura, China dan Jakarta, ia menjadikan Kuching sebagai lokasi yang sangat sesuai,” tambahnya.

Kutipan cukai negara lepasi RM200 bilion buat kali pertama
KUCHING: Kutipan cukai negara melepasi RM200 bilion buat kali pertama pada 2025, hasil usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dalam meningkatkan pematuhan cukai dalam

