ARTIKEL

BERCAKAP...Liew Yu Jie, 18

Tekad cipta kejayaan di pentas Olimpik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Atlet memanah Sarawak, Liew Yu Jie, 18, berhasrat untuk berkecimpung dalam sukan memanah sehingga ke peringkat tertinggi sukan dunia iaitu Sukan Olimpik.

“Saya akan berusaha keras untuk meneruskan karier sehingga ke peringkat Olimpik atau Sukan Asia Tenggara (SEA),” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

EMAS…Trio pasukan recurve lelaki Sarawak berjaya merangkul pingat emas

Liew bersama-sama Isaac Ann Zhe Ting, 17, dan Melvin Tieh Xuan Ruey,19 menjadi trio tuan rumah dalam acara memanah kategori berpasukan recurve lelaki.

Trio ini merangkul emas dalam acara tersebut sekali gus memastikan Pahang terpaksa akur di kedudukan kedua sebagai pemenang pingat perak.

Mengulas kejayaan tersebut, tiada rahsia di sebalik kemenangan mereka kecuali menuai hasil penat lelah menjalani latihan bersama-sama jurulatih sebelum menjelang temasya.

“Terima kasih kepada barisan jurulatih kerana membantu dalam memastikan usaha memburu emas berada dalam genggaman,” katanya.

Beliau turut mendedahkan perasaan gementar sedikit sebanyak mengganggu fokus mereka untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam aksi final itu.

Bagi Isaac pula, beliau bersyukur kerana latihan keras mereka kira-kira setahun berbayar dengan menuai pingat emas.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU