ARTIKEL

Nancy bercakap pada sidang media sempena Program Semarak Skuad Waja Negeri Sarawak 2024 - Foto Mohd Alif Noni

Tekanan ekonomi, orang ketiga faktor keganasan rumah tangga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tekanan ekonomi dan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga antara faktor berlakunya keganasan rumah tangga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ketidakupayaan untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga mencetuskan ketegangan dan mendorong seseorang individu bertindak ganas.

“Pasangan apabila tidak dapat memberi apa yang diperlukan dalam rumah tangga, ia menjadi salah satu alasan untuk melakukan keganasan rumah tangga.

“Yang kedua adalah mempunyai pasangan yang lain atau pihak yang ketiga dalam rumah tangga, itu juga faktor keganasan rumah tangga,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Semarak Skuad Waja Negeri Sarawak 2024, di sini hari ini.

Mengulas mengenai isu enggan melaporkan kes keganasan rumah tangga, Nancy berkata terdapat pengadu berasa malu dan bertindak menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini.

Selain itu katanya, pengadu juga masih bergantung nasib kepada pasangan menyebabkan mereka enggan membuat laporan.

“Mereka tidak tahu melakukan apa-apa dan masih mengenangkan anak-anak yang masih bergantung kepada keluarga tersebut,” jelasnya.

Malah Nancy berkata, terdapat kes melibat mangsa tidak berani bertindak kerana takut kehilangan pasangan.

Terdahulu, Nancy dalam ucapannya berkata, Sarawak mencatatkan kes keganasan rumah tangga ketiga tertinggi selepas Selangor dan Kedah, dengan jumlah 2,345 kes dari 2020 hingga 2023.

Pada 2023, terdapat sebanyak 473 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di negeri ini, berbanding 624 kes pada 2022, menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 24.2 peratus.

Beliau berkata, Sarawak antara negeri yang tertinggi berikutan banyak kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa berbanding negeri yang lain.

Katanya, terdapat kemungkinan negeri-negeri lain mencatatkan kes keganasan rumah tangga yang tinggi namun ia tidak dilaporkan kerana pelbagai faktor.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU