BETONG: Teknologi baharu merupakan pencetus perubahan penting dalam keterjaminan makanan di Sarawak.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jika hendak menyasarkan kepada keterjaminan makanan, Sarawak boleh mengeluarkan tanaman menggunakan teknologi baharu.
Menurutnya seperti padi atau beras, Sarawak boleh menghasilkan 240,000 tan setahun jika tanah seluas 10,000 hektar ditanam dengan benih padi dari Vietnam.
“Mengikut Bernas, kita mengimport 154,000 tan.
Ini bermakna kita mempunyai lebih beras. Ini baru kawasan Lubok Punggur, Tanjung Bijat, Banting, Spaoh dan Tanjung Empuruk, Lundu… belum lagi kawasan utara dan lain.
“Sehubungan itu, ini merupakan pencetus perubahan dalam keterjaminan makanan (beras) memandangkan cara tradisional lazimnya satu musim satu tahun,” katanya.



