ARTIKEL

Shariman Jamil menyampaikan perkongsian bertajuk “Powering the Future with GaN: From Sarawak to Global Energy Systems” pada hari kedua Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2026 di Barcelona.

Teknologi GaN berpotensi bentuk landskap tenaga masa depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Teknologi Gallium Nitride (GaN) dilihat berpotensi memainkan peranan penting dalam membentuk landskap tenaga masa depan, khususnya dalam bidang elektronik kuasa yang semakin berkembang pesat di peringkat global.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor, Shariman Jamil dalam sesi perkongsian bertajuk “Powering the Future with GaN: From Sarawak to Global Energy Systems” pada hari kedua Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2026 di Barcelona.

Sekitar sesi perkongsian Shariman Jamil mengenai potensi teknologi Gallium Nitride (GaN) pada Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2026 di Barcelona.

Sesi interaktif yang berlangsung di reruai SMD, Pavilion Sarawak itu menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pemain industri semikonduktor serta wakil Kerajaan Catalonia.

Dalam perkongsian tersebut, Shariman turut menyentuh mengenai hala tuju serta aspirasi jangka panjang SMD Semiconductor.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan pembangunan bakat melalui inisiatif seperti Semiconductor Mastery Programme serta kerjasama terbaharu bersama University of Bristol dan Yayasan Sarawak.

MWC berlangsung dari 2 hingga 5 Mac di Fira Gran Via, Barcelona sekali gus menjadi platform untuk Sarawak berinteraksi dengan rakan global serta memperkukuh keupayaan industri serta digital.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka