ARTIKEL

Teknologi teraju pekerjaan masa depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Teknologi merupakan antara kuasa utama yang akan mempengaruhi jenis pekerjaan yang ada pada masa depan, kata Datuk Seri Idris Jala. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) itu menambah, tiga yang lain adalah globalisasi, fleksibiliti dan kelestarian.

“Dengan fleksibiliti misalnya, itulah yang dikehendaki oleh golongan muda kerana mereka tidak mahu terkunci di pejabat. “Ini adalah keinginan yang sangat berbeza daripada generasi muda,” katanya pada sesi Menyediakan Tenaga Kerja untuk 2030 sempena Forum Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kelestarian (Saref) anjuran Sarawak Energy Berhad (SEB) di BCCK di sini, semalam.

Idris menegaskan, untuk menyediakan tenaga kerja dalam tempoh sepuluh tahun akan datang, majikan perlu membuat visual masa depan untuk membolehkan mereka merancang lebih awal.

“Di mana-mana syarikat, anda perlu berdiri di masa depan dan tanya diri tentang apa yang syarikat dapat tawarkan seperti jenis kerja yang dilakukan oleh orang lain dan sebagainya,” katanya.

Turut menyertai sesi itu ialah Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan Maybank Nora A Manaf yang berkata terdapat keperluan untuk membayangkan apa komponen yang tenaga kerja perlukan.

“Kita perlu melihat cara hidup yang berbeza dan bermula dengan menentukan apa-apa yang diperlukan oleh pekerjaan, apa maknanya pekerjaan dan pekerjaan diterjemahkan kepada mata pencarian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Press Metal Aluminum Holdings Berhad Tan Sri Koon Poh Keong berkata, terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh tenaga kerja.

“Dalam kebanyakan situasi, ia adalah kerana urbanisasi seperti orang suka bekerja di bandar-bandar. “Tetapi untuk Press Metal, cabaran kami lebih kepada bagaimana untuk mengekalkan pekerja kami dan mengasah kebolehan mereka bekerja,” katanya.

Moderator bagi sesi ini ialah Teymoor Nabili dari CNBC, yang juga seorang wartawan dan penyiaran antarabangsa.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha