ARTIKEL

ANGGOTA Operasi Tempat Kejadian (SOCO) tiba selepas kejadian tembakan di dalam Senat Filipina di Pasay, Metro Manila. | AFP

Tembakan dilepaskan di Senat Filipina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA:  Bunyi tembakan kedengaran di Senat Filipina pada Rabu, tempat seorang anggota dewan perundangan dan bekas ketua polis berlindung selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya berhubung pembunuhan yang berkaitan kempen perang dadah bekas Presiden Rodrigo Duterte, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kakitangan Senat, wartawan dan individu lain di dalam bangunan bergegas mencari perlindungan, dengan sebahagian daripada mereka menjerit dan menangis selepas bunyi tembakan kedengaran.

Setiausaha Senat Mark Llandro Mendoza berkata tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan.

Mendoza berkata pegawai penguat kuasa dipercayai daripada Biro Siasatan Nasional (NBI) melepaskan tembakan ketika berundur selepas satu lagi cubaan untuk menahan Senator Ronald Dela Rosa, bekas ketua polis di bawah Duterte gagal.

Bagaimanapun, NBI menafikan menghantar ejen ke Senat susulan cubaan awal untuk menahan Dela Rosa pada Isnin.

Insiden berlaku beberapa jam selepas Dela Rosa, yang digelar Bato atau “Rock”, membuat rayuan di media sosial bagi mendapatkan sokongan awam untuk menentang penahanannya.

“Saya merayu kepada anda. Saya harap anda dapat membantu saya. Jangan benarkan seorang lagi rakyat Filipina dibawa ke The Hague,” kata Dela Rosa dalam video yang dimuat naik di Facebook.

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr mengarahkan siasatan berhubung insiden itu, sambil menegaskan beliau tidak mengeluarkan arahan kepada NBI untuk melaksanakan waran tangkap ICC terhadap Dela Rosa.

“Kerajaan tidak melakukan perkara ini. Tiada anggota tentera, pihak tentera atau anggota NBI memasuki Senat. 

“Kami tidak tahu siapa yang cuba masuk dan disebabkan itu, berlaku tembakan,” kata beliau. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai