ARTIKEL

Temenggung Sarikei kecewa nama dan fotonya digunakan untuk menipu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang pemimpin masyarakat kesal nama dan fotonya digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab dipercayai untuk melakukan penipuan.

Temenggung, Awangku Ibrahim Awangku Hosain,68, berkata, dia menyedari kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh beberapa rakannya.

Dalam kejadian itu kata beliau, individu berkenaan menyamar sebagai dirinya dalam aplikasi WhatsApp untuk meminjam wang daripada orang lain.

“Saya amat terkejut dan kesal dengan perbuatan itu. Dia menggunakan gambar dan nama saya dalam aplikasi tersebut untuk menyamar.

“Sehubungan itu, saya tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa membuat laporan Polis sebagai tindakan susulan,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Difahamkan individu berkenaan sempat memperdayakan seorang rakan Awangku Ibrahim sehingga mengakibat mangsa kerugian kira-kira RM14,000.

“Saya sangat kecewa dan bersimpati kepada rakan-rakan kaunselor yang terpedaya dengan tipu helah individu ini, ” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Awang Arfian Awang Bujang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenalpasti individu itu.

“Justeru, saya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati. Selidiki terlebih dahulu ketika menerima sebarang pesanan ringkas mahupun panggilan daripada individu yang tidak dikenali,”ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai