ARTIKEL

Tempat ke-10 daripada 26 institusi TVET

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Politeknik Kuching Sarawak (PKS) baru-baru ini diumumkan antara 10 Institusi pendidikan yang menerima pengikitirafan emas akreditasi daripada Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC). Pengiktirafan ini dianugerahkan kepada PKS pada 2 April lalu oleh APACC, Colombo Plan Staff College (CPSC) di Manila, Filipina.

Manakala lawatan akreditasi dijalankan pada 26 hingga 28 Februari lalu oleh tiga panel daripada CPSC. Pengarah PKS Jamaliah Ahmad berkata, pengiktirafan tersebut merupakan hasil usaha dan dedikasi pihaknya yang komited dalam menawarkan 13 program pengajian TVET yang setaraf di peringkat wilayah, khususnya di 17 negara Asia Pasifik.

“Kita bangga kerana mendapat pengiktirafan akreditasi ini dan menduduki tempat ke-10, dalam kalangan 26 institusi TVET di rantau Asia Pasifik dan mendapat pengiktirafan emas daripada APACC.

“Kejayaan ini juga dibantu oleh 42 rakan industri yang aktif menjadi penasihat dan pembimbing program pengajian yang kita tawarkan.

“Di samping itu, terdapat lebih 4,000 pemain industri yang sentiasa bekerjasama menyediakan tempat kepada pelajar menjalani latihan industri selama enam bulan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Jamaliah menjelaskan, dengan pengikitirafan tersebut, PKS diharapkan menjadi tumpuan pemain industri dalam mencari tenaga kerja.

Selain PKS, sembilan politeknik yang turut menerima pengikitirafan akreditasi tersebut ialah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

Diikuti Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Politeknik Kota Bharu (PKB), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Politeknik Port Dickson (PPD).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha